Ulasan Buku " Halal Forensik"


Buku ini secara garis besarnya menceritakan forensik halal mengikut tiga perspektif utama iaitu sains, syariah dan ekonomi. Terdapat enam bab yang terkandung dalam buku ini iaitu, forensik halal, teknik forensik halal, kosmetik dan dandanan diri halal, halal dari perspektif syariah forensik halal dalam sistem ekonomi Islam dan forensik halal dalam urusan perniagaan.
Setiap bab yang ditulis dalam buku ini disusun dengan kemas membuatkan pembaca mudah untuk  menggali idea yang ingin disampaikan. Tambahan pula, gaya bahasa yang diggunakan oleh penulis amat mesra dengan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh penulis menerangkan konsep forensik halal menggunakan sistem piramid. Penulis menerangkan bahawa syariah merupakan perkaraasas bagi pembetukan standard halal. Kajian dari sudut syariah ini membahaskan kandungan Al –Quran dan hadis bagi tujuan pengeluaran fatwa. Ilmu dan kajian sains pula memangkin untuk menjelaskan sesuatu fahaman bagi memutuskan sesuatu fatwa. Penulis menyimpulkan bahawa status halal dikeluarkan berteraskan empat asas iaitu. Hukum Syariah, Standard Halal, Akta Sains Halal dan Pengurusan Halal.
Dari perspektif perniagaan, idea dihurai dengan memberi definisi asas perniagaan, kemudian dikupas berperingkat sehingga menerangkan modus operandi dalam dunia perbankan Islam. Penulis menegaskan forensik patuh syariah amat penting memastikan semua tindak-tanduk perniagaan dipayungi syariat Islamiah. Tuntasnya, buku ini mampu memberikan kefahaman menyeluruh forensik halal kepada pembaca.
no ISBN : 978 - 967 - 440 - 451 - 2
Harga: RM 35
Tempat buku dibeli : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


Comments

Popular posts from this blog

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate