Posts

Showing posts from January, 2015

Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episod 2)

Image
EPISODE 2 Selepas sarapan di Saron Halal Restaurant, perjalanan ke kampung Ampel bermula. 3 van penuh dengan manusia dan barang sumabangan, menempuh perjalanan selama hampir 6 jam. Hampir keseluruhan perjalanan melalui jalan tanah merah yang tak rata, persis menaiki kereta kuda di sana, *kedekut kedekut kedekut sambal badan terhenjut henjut mengikut alunan muka bumi yang tak rata. Tanah merah berbatu putih, Di tepi subur pucuk berduri; Sakit pinggang lenguh kaki, Itu cabaran yang perlu dilalui. Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung Ampel. Penat yang ditanggung sepanjang perjalanan bagai terbang dibawa bayu apabila disambut meriah oleh orang kampung. *Siap berbaris diaorang nak sambut kitaorang. disambut oleh kanak-kanak Ampel suasana di rumah pak Napi Rumah papan bertiang seri, Tangga jati teguh berdiri; Tangan dihulur senyum diberi, Moga kasih bertahut abadi. Selepas disambut dengan begitu meriah, kami memasuki rumah Pak Napi (