Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episode Akhir)

EPISOD 4
Hari pantas berlalu, dan aktiviti kami sukarelawan berjalan seperti biasa, bangun pagi, subuh berjemaah, tazkirah, sarapan, buat aktiviti, sampailah ke post morterm dan selamat malam dunia.
Untuk kali ini, kami melakukan smart solat 2.0 di surau dengan pendekatan yang berbeda, yakni dengan latihan dalam kumpulan. Walaupun berlainan bahasa, cabaran itu kami pikul dengan jayanya. Dengan kumpulan kumpulan yang kecil ini, ada antara mereka yang lancar mengalunkan al-Fatihah dan surah surah lazim, tetapi mereka hanya menghafal tanpa tahu membaca al-Quran. Sayu hati.
Sesi petang kami menjalankan sukaneka untuk kanak-kanak, sambutan sangat luar biasa. Biarpun ringkas sahaja permaianan yang dimainkan, sambutan keriangan anak-anak ampel sampai sekarang tersimpan dalam kenangan

Usai, sukaneka kami bergegas pulang ke surau untuk agihana barang sumbangan makanan, beras, minyak dan gula. Sebanyak 200 keluarga menerima bantuan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Dan lepas itu, aktiviti bebas, ada yang memilih berjalan naik moto keliling kampung, bersantai minum kopi dengan penduduk kampung dan aku memilih untuk berjalan dengan anak-anak kampung ampel keliling kampung.

Yang menariknya, tengah-tengah jalan tepi sungai nampak sampan orang kampung, gurau-gurau aku bertanya “ boleh naik ke sampan ni”, thohirin cakap “ boleh tapi kena tanya tuan dia dulu (dialek klate)”

Dijadikan cerita, tuan sampan t upon bagi pinjam sampan dia untuk ke seberang. Mungkin rezeki aku dengan syazwan untuk merasa pengalaman naik sampan, yang di dayung oleh budak berumur 12 tahun, zumir dan yusri.

Perasaan naik sampan kampung merentas Mekong, Tuhan je tahu. Berdebor weyh dicampur dengan budak-budak ni sakan menyakan gua. Jantung tu nak terkeluar je.
Sampai seberang, jalan jalan, main dengan lembu, pergi bendang kena kejar dengan lembu siap, huh, penat weyh. Ada satu tempat kat bendang tu, jumpa ular, budak-budak ni dengan selamber je gi belasah ular tu sampai mati, aku hanya mapu tengok dari jauh. Diaorg acah sikit, aku jerit kuat-kuat, macam pondey diaorang cakap.

Malam tu Sukerai datang kat aku sambil urut-urut badan aku kat bangsal, dia cakap kat aku dengan dia cakap budak-budak tu risau kalau aku demam sebab terkejut. Bro touching beb, bebudak ni caring kat gua.


Esoknya, lepas sarapan siap kemas, bersiap untuk berangkat ke phenom penh. Suasana sayu je, terasa, anak-anak ampel yang rapat dengan kitaorang mula mengalirkan mutiara jernih dari mata. Untuk memujuk hati sendiri yang lara aku mengusik balik budak ampel dengan kata ‘ nangis supo pondeyyy ja’ dengan ketawa. Ketawa yang kosong untuk menutup hati yang hiba.













Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang.

Ampel, akan ku datang lagi.


p/s untuk tahu pengalaman di ampel, Kemboja pada bulan puasa boleh la baca di blog KAK Zeerah

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

Bro Jajah Sabah Part 1