Bro Jajah Sabah Part 1

Jelajah ini dirancang dari tahun 2 pengajian di USIM lago. Sudah berkali kali si irsyad tu ajak datang rumah dia di Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Tapi hasrati itu, ditangguh sehingga ke tahun 4 atas sebab, semua sibuk dengan program GISO suatu ketika dahulu dan mungkin atas faktor tekanan yang melampau untuk menyiapkan 'final year project' menyebabkan semangat untuk bercuti itu semakin membuak-buak.

Malam Penentu.
3 BULAN sebelum berangkat, rasanya malam itu senua tengah pasrah menghadap laptop menghadam jurnal atau menaip sebutir demi sebutir, ada suara tiba tiba Acap memekik " Woi tiket murah woiii, turun bawah skang". 

Hampir semua yang ada di rumah tu, tercogok depan laptop acap. "Pergi balik RM 330, KLIA- K.KINABALU, K.KINABALU-TAWAU,TAWAU-KLIA, siapa nak ikut? " irsyad memulakan bicara, semua tengah berkira-kira bajet kewangan buat beberapa ketika, dan John menyahut " Aku ON!!!" dengan bersemangat sekali, kemudian diikuti Kiding, Kimi, Acap,Irsyad dan aku yang tengah mengira duit tabung LOL. Disebabkan malam itu, akmal dan borhan pulang ke kampung, acap menelefon akmal dan burhan untuk bercerita secara kasar bajet yang diperlukan, dan mereka setuju. Maka 8 orang yang akan pergi ke sabah.

Penambahan seorang lagi.

Beberapa saat kemudian, Fathi datang bertamu, lantas disuakan soalan "Nak gi Sabah tak, RM330 pergi balik, kalau nak malam ni jugak bayar" Irsyad bertanya, dan beberapa detik berfikir Fathi menjawab " Ok, nak ikut." sambil mengeluarkan cash dari dompetnya.

Dan dengan izinNya, 9 orang telah berjaya menempah tiket untuk ke Sabah. (Menempah tiket sahaja, belom ke Sabah lagi).

Perancangan Allah Yang Terbaik

Bulan Januari 2015, habis saja final exam, hantar hard bound tesis, semua dah ready nak terbang ke Sabah. Waktu itu ingat lagi, pantai timur dilanda musibah, Fathi dengan rela hati mengikuti satu rombongan bantuan ke Kelantan, seminggu sebelum berangkatnya kami ke Sabah. Semangat juang baktinya harus dipuji.

Petang sebelum hari berangkat, tiada khabar berita lagi yang di dengar dari Fathi, lanta Irsyad selaku ketua jelajah menelefon Fathi bertanyakan khabar, Fathi selamat sampai di rumahnya di Pedas dan akan menyertai kami di KLIA keesokan paginya.

Namun, mungkin bukan rezekinya untuk jelajah Sabah kali ini, malamnya kami mendapat panggilan dari Fathi yang dia dimasukkan ke wad kerana disyaki denggi. Fathi memohon maaf atas kemaslahatan yang terjadi. 
Benar kata orang, kita merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah itulah yang terbaik.

Bertolak ke KLIA

Kami berlapan bertolak ke KLIA dengan dihantar oleh abang kacak, Muiz, Husaini dan Azizi dengan 3 biji kereta. Tanpa mereka tidak bergerak kami ke KLIA hahahaha.
bergambar dihadapan 'Villa Budiman"

bergambar dihadapan KLIA

bergambar dalam KLIA


Bunga Cina dipetik orang,
Dipetik sekali batang berduri,
Ingin melihat negeri orang,
Untuk pedoman diri sendiri.




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

perkahwinan dirancang...