Posts

Showing posts from February, 2015

Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episode Akhir)

Image
EPISOD 4 Hari pantas berlalu, dan aktiviti kami sukarelawan berjalan seperti biasa, bangun pagi, subuh berjemaah, tazkirah, sarapan, buat aktiviti, sampailah ke post morterm dan selamat malam dunia. Untuk kali ini, kami melakukan smart solat 2.0 di surau dengan pendekatan yang berbeda, yakni dengan latihan dalam kumpulan. Walaupun berlainan bahasa, cabaran itu kami pikul dengan jayanya. Dengan kumpulan kumpulan yang kecil ini, ada antara mereka yang lancar mengalunkan al-Fatihah dan surah surah lazim, tetapi mereka hanya menghafal tanpa tahu membaca al-Quran. Sayu hati. Sesi petang kami menjalankan sukaneka untuk kanak-kanak, sambutan sangat luar biasa. Biarpun ringkas sahaja permaianan yang dimainkan, sambutan keriangan anak-anak ampel sampai sekarang tersimpan dalam kenangan Usai, sukaneka kami bergegas pulang ke surau untuk agihana barang sumbangan makanan, beras, minyak dan gula. Sebanyak 200 keluarga menerima bantuan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan

Merentas Mekong Menabur Bakti (Episod 3)

Image
Usai Subuh berjemaah, dan tazkirah ringkas yang disampaikan dalam dwi bahasa( melayu dengan champa)  aku memperhatikan suasana Ampel, melihat sekitar kampung dan menikmati suasana hening pagi. Persis merasa diri ini berada di era 50-an dan 60-an. Anak-anak mula berkeliaran di sepanjang jalan (sebab cuti sekolah) dan orang orang besar mula melakukan kerja seharian untuk menyara kehidupan. Ada antara mereka seorang petani, nelayan dan peniaga. Majoriti anak-anak muda mereka, bermigrasi di Malaysia sebagai buruh, peniaga kain dan macam-macam lagi pekerjaan. Ada juga, anak-anak muda mereka mengaji pondok di Malaysia sehingga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti  Al-Azhar. Bangun pagi gosok gigi, Berkumur dengan air perigi; Kita punya takdir sendiri, Bersyukur dengan ketentuan Ilahi. Sebelum gerak kerja dimulakan, harusla perut diisi dengan sarapan, sumber tenaga untuk berjihad orang kata. Pagi tu, kami dijamu dengan nasi ayam Hainan. Terbaik dari Ampel!!