Saturday, 21 February 2015

Merentas Mekong Menabur Bakti (Episod 3)


Usai Subuh berjemaah, dan tazkirah ringkas yang disampaikan dalam dwi bahasa( melayu dengan champa)  aku memperhatikan suasana Ampel, melihat sekitar kampung dan menikmati suasana hening pagi. Persis merasa diri ini berada di era 50-an dan 60-an. Anak-anak mula berkeliaran di sepanjang jalan (sebab cuti sekolah) dan orang orang besar mula melakukan kerja seharian untuk menyara kehidupan. Ada antara mereka seorang petani, nelayan dan peniaga. Majoriti anak-anak muda mereka, bermigrasi di Malaysia sebagai buruh, peniaga kain dan macam-macam lagi pekerjaan. Ada juga, anak-anak muda mereka mengaji pondok di Malaysia sehingga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti  Al-Azhar.

Bangun pagi gosok gigi,
Berkumur dengan air perigi;
Kita punya takdir sendiri,
Bersyukur dengan ketentuan Ilahi.

Sebelum gerak kerja dimulakan, harusla perut diisi dengan sarapan, sumber tenaga untuk berjihad orang kata. Pagi tu, kami dijamu dengan nasi ayam Hainan. Terbaik dari Ampel!!

Pagi ini, team dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan untuk agihan barang sumbangan dan satu kumpulan untuk kendalikan ‘smart solat’ di masjid Nurul Iman.
Sambutan yang hangat diberikan oleh orang kampung untuk kedua-dua aktiviti ini. Untu merasai suasana yang ‘hangat’ macam tu, susah nak dapat di Malaysia.
Dan  ada dalam kalangan kami yang menitiskan air mata sebab sedih melihat keaadaan mereka di sana

Aktiviti petang juga dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana acara futsal untuk remaja lelaki kemboja, dan juga tutorial tudung dan jahitan manik untuk remaja perempuan.
Dan sekarang biarkan gambar yang bercerita.












Aktiviti malam pula, seperti biasa, post moterm untuk penambahbaikan dan juga persiapan untuk aktivit hari esok. *sambil makan biskut ikan cecah nescafe.



No comments:

Post a Comment