Posts

Showing posts from June, 2018

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Image
Buku ini secara garis besarnya menceritakan forensik halal mengikut tiga perspektif utama iaitu sains, syariah dan ekonomi. Terdapat enam bab yang terkandung dalam buku ini iaitu, forensik halal, teknik forensik halal, kosmetik dan dandanan diri halal, halal dari perspektif syariah forensik halal dalam sistem ekonomi Islam dan forensik halal dalam urusan perniagaan. Setiap bab yang ditulis dalam buku ini disusun dengan kemas membuatkan pembaca mudah untuk   menggali idea yang ingin disampaikan. Tambahan pula, gaya bahasa yang diggunakan oleh penulis amat mesra dengan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh penulis menerangkan konsep forensik halal menggunakan sistem piramid. Penulis menerangkan bahawa syariah merupakan perkaraasas bagi pembetukan standard halal. Kajian dari sudut syariah ini membahaskan kandungan Al –Quran dan hadis bagi tujuan pengeluaran fatwa. Ilmu dan kajian sains pula memangkin untuk menjelaskan sesuatu fahaman bagi memutuskan sesuatu fatwa. Penulis menyimpu