Posts

Showing posts from October, 2014

ICHEMS’14 Memberi Rasa Menyelami Bidang Forensik.

Image
                Bila berlaku sesuatu jenayah mesti ada penjenayah, mangsa dan bahan bukti. Bagaimana menentukan sesaorang yang disyaki itu terlibat ? Bolehkah bahan bukti dihapuskan? Apakah locard's principle? Bagaimana pentingnya DNA dan lain lainDari pengesanan cap jari, pengenalan dna suspek semuanya dibincangkan dalam Seminar Teknologi Kimia Industri 2014 (Ichems 2014).  Seminar ini memberikan penerangan secara khusus mengenai aplikasi analisa kimia dalam bidang forensik, dengan penampilan slot pertama dari mantan Ketua Seksyen Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri B. Hassan yang mengupas tajuk ‘ The Chemistry of Forensic Science ‘ dengan penuh terpenrinci membuka mata peserta akan kepentingan aplikasi kimia dalam bidang forensik. Kesinabungan daripada itu , slot kedua yang berbunyi “ Forensic in Crime Scene ” diolah oleh Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah, wakil dari makmal forensik PDRM dengan pengalaman berharga  beliau mengendalikan

Aku sudah bergelar Inspektor Kor Suksis

Image
Aku anak askar, dan pernah dibesarkan dalam  persekitaran kem tentera. Bergaul dengan anak-anak tentera yang lain, sama seperti kanak-kanak awam. Cuma yang membezakan kami, kawan semasa kecil sentiasa berubah, mengikut bapa kami diarahkan bertugas di mana. Itu sebab, aku tiada identiti bahasa, tiada langsung dialek negeri mahupun daerah tertentu aku kuasai sepenuhnya, walaupun pernah duduk di utara tanah air, aku tak menguasai langsung dialek ‘baq ang’ mereka. Walaupun ayah ku berketurunan jawa, aku ngak bias mau ngomong jowo selancar air mengalir. Walaupun duduk di noghori sombilan, aku tak fasih raping lag gadis jolobu’. Yang  aku   guna   bahasa  Melayu  pasar   itu   sahaja . Orang kata, mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, angahku juga mengikut jejak langkah ayahku menjadi tentera. Menjadi wira Negara pasti glamour bila pulang beraya. Hero Malaya. Nampak jelas riak wajah mak dan ayah, waktu perbarisan tamat latihan angah waktu ketika dulu. Jelas penuh dengan kegembir

Kembali Mencoret

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang, Sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan, Sudah lama tiada coretan yang terkeluar dari minda yang tepu menghafal fakta, Sudah lama jiwa ini kering tanpa titisan lembut susunan kata dalam hati, Bila mahu menulis, ada saja perasaan yang timbul, malu? malas ? mati kutu?, itu persis sebuah penyakit, yang merebak, saban hari semakin parah. Moga hari hari mendatang, jiwa ini kembali pada fitrah menulis bak air sungai yang mengalir.   tanpa  ada halangan. Moga diberikan kekuatan keazaman untuk mencoretkan sesuatu yang mampu memberi cahaya dalam jiwa sendiri dan orang lain. Biiznillah .