Posts

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Image
Buku ini secara garis besarnya menceritakan forensik halal mengikut tiga perspektif utama iaitu sains, syariah dan ekonomi. Terdapat enam bab yang terkandung dalam buku ini iaitu, forensik halal, teknik forensik halal, kosmetik dan dandanan diri halal, halal dari perspektif syariah forensik halal dalam sistem ekonomi Islam dan forensik halal dalam urusan perniagaan. Setiap bab yang ditulis dalam buku ini disusun dengan kemas membuatkan pembaca mudah untuk   menggali idea yang ingin disampaikan. Tambahan pula, gaya bahasa yang diggunakan oleh penulis amat mesra dengan semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh penulis menerangkan konsep forensik halal menggunakan sistem piramid. Penulis menerangkan bahawa syariah merupakan perkaraasas bagi pembetukan standard halal. Kajian dari sudut syariah ini membahaskan kandungan Al –Quran dan hadis bagi tujuan pengeluaran fatwa. Ilmu dan kajian sains pula memangkin untuk menjelaskan sesuatu fahaman bagi memutuskan sesuatu fatwa. Penulis menyimpu

Bro Jajah Sabah Part 1

Image
Jelajah ini dirancang dari tahun 2 pengajian di USIM lago. Sudah berkali kali si irsyad tu ajak datang rumah dia di Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Tapi hasrati itu, ditangguh sehingga ke tahun 4 atas sebab, semua sibuk dengan program GISO suatu ketika dahulu dan mungkin atas faktor tekanan yang melampau untuk menyiapkan 'final year project' menyebabkan semangat untuk bercuti itu semakin membuak-buak. Malam Penentu. 3 BULAN sebelum berangkat, rasanya malam itu senua tengah pasrah menghadap laptop menghadam jurnal atau menaip sebutir demi sebutir, ada suara tiba tiba Acap memekik " Woi tiket murah woiii, turun bawah skang".  Hampir semua yang ada di rumah tu, tercogok depan laptop acap. "Pergi balik RM 330, KLIA- K.KINABALU, K.KINABALU-TAWAU,TAWAU-KLIA, siapa nak ikut? " irsyad memulakan bicara, semua tengah berkira-kira bajet kewangan buat beberapa ketika, dan John menyahut " Aku ON!!!" dengan bersemangat sekali, kemudian diikuti Kiding, Ki

Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episode Akhir)

Image
EPISOD 4 Hari pantas berlalu, dan aktiviti kami sukarelawan berjalan seperti biasa, bangun pagi, subuh berjemaah, tazkirah, sarapan, buat aktiviti, sampailah ke post morterm dan selamat malam dunia. Untuk kali ini, kami melakukan smart solat 2.0 di surau dengan pendekatan yang berbeda, yakni dengan latihan dalam kumpulan. Walaupun berlainan bahasa, cabaran itu kami pikul dengan jayanya. Dengan kumpulan kumpulan yang kecil ini, ada antara mereka yang lancar mengalunkan al-Fatihah dan surah surah lazim, tetapi mereka hanya menghafal tanpa tahu membaca al-Quran. Sayu hati. Sesi petang kami menjalankan sukaneka untuk kanak-kanak, sambutan sangat luar biasa. Biarpun ringkas sahaja permaianan yang dimainkan, sambutan keriangan anak-anak ampel sampai sekarang tersimpan dalam kenangan Usai, sukaneka kami bergegas pulang ke surau untuk agihana barang sumbangan makanan, beras, minyak dan gula. Sebanyak 200 keluarga menerima bantuan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan

Merentas Mekong Menabur Bakti (Episod 3)

Image
Usai Subuh berjemaah, dan tazkirah ringkas yang disampaikan dalam dwi bahasa( melayu dengan champa)  aku memperhatikan suasana Ampel, melihat sekitar kampung dan menikmati suasana hening pagi. Persis merasa diri ini berada di era 50-an dan 60-an. Anak-anak mula berkeliaran di sepanjang jalan (sebab cuti sekolah) dan orang orang besar mula melakukan kerja seharian untuk menyara kehidupan. Ada antara mereka seorang petani, nelayan dan peniaga. Majoriti anak-anak muda mereka, bermigrasi di Malaysia sebagai buruh, peniaga kain dan macam-macam lagi pekerjaan. Ada juga, anak-anak muda mereka mengaji pondok di Malaysia sehingga berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke Universiti  Al-Azhar. Bangun pagi gosok gigi, Berkumur dengan air perigi; Kita punya takdir sendiri, Bersyukur dengan ketentuan Ilahi. Sebelum gerak kerja dimulakan, harusla perut diisi dengan sarapan, sumber tenaga untuk berjihad orang kata. Pagi tu, kami dijamu dengan nasi ayam Hainan. Terbaik dari Ampel!!

Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episod 2)

Image
EPISODE 2 Selepas sarapan di Saron Halal Restaurant, perjalanan ke kampung Ampel bermula. 3 van penuh dengan manusia dan barang sumabangan, menempuh perjalanan selama hampir 6 jam. Hampir keseluruhan perjalanan melalui jalan tanah merah yang tak rata, persis menaiki kereta kuda di sana, *kedekut kedekut kedekut sambal badan terhenjut henjut mengikut alunan muka bumi yang tak rata. Tanah merah berbatu putih, Di tepi subur pucuk berduri; Sakit pinggang lenguh kaki, Itu cabaran yang perlu dilalui. Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung Ampel. Penat yang ditanggung sepanjang perjalanan bagai terbang dibawa bayu apabila disambut meriah oleh orang kampung. *Siap berbaris diaorang nak sambut kitaorang. disambut oleh kanak-kanak Ampel suasana di rumah pak Napi Rumah papan bertiang seri, Tangga jati teguh berdiri; Tangan dihulur senyum diberi, Moga kasih bertahut abadi. Selepas disambut dengan begitu meriah, kami memasuki rumah Pak Napi (

Merentas Mekong, Menabur Bakti (Episod 1)

Image
Keyword: Misi Kemanusian, Misi Prihati Kemboja, ARP, USIM, PNB, Kemboja.                 Mungkin ini sudah suratan takdir, aku diberi peluang untuk ke Kemboja, diberi peluang untuk belajar dari alam yang mengalirnya sungai Mekong. Merentas Mekong untuk sesuatu, sesuatu yang pastinya akan kuingat sampai bila-bila. 2 September 2014                 Kami berlangkah keluar dari gate USIM tepat jam 10 pagi, sampai di KLIA dan  bersedia untuk check in, Alhamdulillah semuanya berjalan lancer tanpa ada aral yang melintang. Tepat jam 3 pm (waktu Malaysia) Dengan pesawat MH755 terbanglah segerombolan sukarelawan dari tanah air menuju ke bumi Angkor Wat.                 Penerbangan mengambil masa sejam lebih dan kami sampai di Kemboja, disambut baik oleh orang di sana. Oh ya, kami pergi dengan bantuan dari satu badan NGO Al’Itisam Relief Program (ARP).  Dan waktu kemboja lambat sejam dari Malaysia. Dengan menaiki van untuk ke guest house, dan singgah sebentar di restoran Saron Halal un

ICHEMS’14 Memberi Rasa Menyelami Bidang Forensik.

Image
                Bila berlaku sesuatu jenayah mesti ada penjenayah, mangsa dan bahan bukti. Bagaimana menentukan sesaorang yang disyaki itu terlibat ? Bolehkah bahan bukti dihapuskan? Apakah locard's principle? Bagaimana pentingnya DNA dan lain lainDari pengesanan cap jari, pengenalan dna suspek semuanya dibincangkan dalam Seminar Teknologi Kimia Industri 2014 (Ichems 2014).  Seminar ini memberikan penerangan secara khusus mengenai aplikasi analisa kimia dalam bidang forensik, dengan penampilan slot pertama dari mantan Ketua Seksyen Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri B. Hassan yang mengupas tajuk ‘ The Chemistry of Forensic Science ‘ dengan penuh terpenrinci membuka mata peserta akan kepentingan aplikasi kimia dalam bidang forensik. Kesinabungan daripada itu , slot kedua yang berbunyi “ Forensic in Crime Scene ” diolah oleh Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah, wakil dari makmal forensik PDRM dengan pengalaman berharga  beliau mengendalikan