Merentas Mekong Menabur Bakti ( Episod 2)

EPISODE 2
Selepas sarapan di Saron Halal Restaurant, perjalanan ke kampung Ampel bermula. 3 van penuh dengan manusia dan barang sumabangan, menempuh perjalanan selama hampir 6 jam. Hampir keseluruhan perjalanan melalui jalan tanah merah yang tak rata, persis menaiki kereta kuda di sana, *kedekut kedekut kedekut sambal badan terhenjut henjut mengikut alunan muka bumi yang tak rata.

Tanah merah berbatu putih,
Di tepi subur pucuk berduri;
Sakit pinggang lenguh kaki,
Itu cabaran yang perlu dilalui.

Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung Ampel. Penat yang ditanggung sepanjang perjalanan bagai terbang dibawa bayu apabila disambut meriah oleh orang kampung. *Siap berbaris diaorang nak sambut kitaorang.

disambut oleh kanak-kanak Ampel

suasana di rumah pak Napi

Rumah papan bertiang seri,

Tangga jati teguh berdiri;

Tangan dihulur senyum diberi,

Moga kasih bertahut abadi.


Selepas disambut dengan begitu meriah, kami memasuki rumah Pak Napi ( wakil ARP di kemboja, danmerupakan orang kampung Ampel). Selesai proses ‘unload’ barang selesai, kami dijamu dengan santapan tengah hari. Masakan yang dimasak oleh orang kampung yang diupah. Jujurnya, buat aku yang tidak memilih hal makanan, hidup aku heaven je dengan masakan di sana *mungkin diajar dari kecil hanya tolak batu dan kayu sahaja.

Gendang gendut tali kecapi;

Kenyang perut suka hati.

Selepas Zuhur, bermula la aktiviti kami yang pertama di kampung Ampel, “OPS KUTU”. Ya kutu parasit kepala yang berleluasa di kepala anak-anak kemboja. Demonstrasi di tunjukkan oleh Tn Hj Shah dan diperhati dengan penuh khusyuk oleh kami. Aku buat pertama kalinya dalam hidup, Nampak kutu dengan mata kepala sendiri, sungguh jakun tika itu. Kami bergerak dalam empat kumpulan dan berjalan rumah ke rumah mencari mangsa parasite kecil itu. Dan diberi peluang untuk menaiki rumah-rumah di sana dan melihat sendiri keadaan isi rumah mereka. Tiada sofa, tiada meja kopi, apa tah lagi tilam empuk berkatil queen di rumah mereka. Yang ada, hanya tikar kumal dan kelambu usang sebagai pelindung dari penghisap darah di malam hari.
Pemberian baucer sumbangan juga dijalankan pada masa yang sama.

 
demostrasi oleh Haji Md Shah 

ubat kutu sekilo

operasi kutu

pemberian baucer

saloon d'kutu

sebabkan gua noob bab kutu, kena berguru dengan yang pakar




Atas kepala ada kutu,

Kutu cantik tak pernah lihat;

Dinding papan berlantai kayu,

Lubang lubang jelas terlihat

Siang melabuhkan, malam kelam menyelebungi kampung. Tiada lampu jalan yang menerangi, hanya cahaya bulan yang menerangi jalan. Selepas isya’ post moterm di jalankan, idea dan cadangan untuk penambah baikan di masa hadapan. Dan sejurus selepas itu, persediaan untuk aktiviti hari esok disiapkan. *sambal mengunyah biskut ikan yeahhh!!!.

bila jejaka membungkus hamper

antara barang sumbangan

Dr Arif Asraf (berbaju kelabu) begitu komited dalam pengiraan baucer


Dan selepas itu, SELAMAT MALAM KEMBOJA.

Sungai Mekong, betul - betul dibelakang rumah pak Napi



Bersambung episod seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

perkahwinan dirancang...