Merentas Mekong, Menabur Bakti (Episod 1)

Keyword: Misi Kemanusian, Misi Prihati Kemboja, ARP, USIM, PNB, Kemboja.
                Mungkin ini sudah suratan takdir, aku diberi peluang untuk ke Kemboja, diberi peluang untuk belajar dari alam yang mengalirnya sungai Mekong. Merentas Mekong untuk sesuatu, sesuatu yang pastinya akan kuingat sampai bila-bila.
2 September 2014
                Kami berlangkah keluar dari gate USIM tepat jam 10 pagi, sampai di KLIA dan  bersedia untuk check in, Alhamdulillah semuanya berjalan lancer tanpa ada aral yang melintang. Tepat jam 3 pm (waktu Malaysia) Dengan pesawat MH755 terbanglah segerombolan sukarelawan dari tanah air menuju ke bumi Angkor Wat.
                Penerbangan mengambil masa sejam lebih dan kami sampai di Kemboja, disambut baik oleh orang di sana. Oh ya, kami pergi dengan bantuan dari satu badan NGO Al’Itisam Relief Program (ARP).  Dan waktu kemboja lambat sejam dari Malaysia.
Dengan menaiki van untuk ke guest house, dan singgah sebentar di restoran Saron Halal untuk makan malam yang pertama di Kemboja, dan ia tidak mengecewakan, sedap sampai menjilat jari.
Perut pun dah kenyang, check in di guest house dan masa untuk berehat sebelum meneruskan langkah ke kampung ampel di awal pagi.
10.00 p.m (Waktu Kemboja)
                Perut lapar kembali, apa lagi yang perlu dicari? Turun kedai di bawah bersama ikhwan syahir dah syazwan, mencari maggi yang boleh dimakan. Dalam blur blur mencari maggi yang halal, ada customer lain menegur ‘ Yang maggi hujung sana halal, yang ni tak halal’. Oh seriously, rasa macam bersyukur dapat berjumpa orang yang boleh cakap Melayu, rupanya dia dari Kompong Chang, Kemboja yang akan balik Malaysia untuk sambung belajar di KUIM,Kolej Universiti Islam Melaka. Sempat berborak dengan dia sambil menikmati maggi siam. Bertukar cerita, bertanya gambaran kehidupan minoriti Muslim di sini. Dan apa jelas di sini, Muslim di sini kurang mendapat perhatian dari kerajaan Kemboja.
Rancak berborak hingga kami memasuki fasa dinihari, dan masing – masing membawa haluan ke bilik sendiri dan esok dia akan ke Malaysia, dan kami akan ke kampung Ampil. Pertemuan yang singkat tapi cukup memberi gambaran kasar sebagai bekalan untuk hari hari kami di Kemboja.
               
Biarkan Gambar Yang Bercerita


Persiapan sebelum ke Kemboja
 
Bergambar di KLIA sebelum berlepas.


 Phenom Penh Airport

Saron Halal Restoran.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

Bro Jajah Sabah Part 1