Aku sudah bergelar Inspektor Kor Suksis


Aku anak askar, dan pernah dibesarkan dalam  persekitaran kem tentera. Bergaul dengan anak-anak tentera yang lain, sama seperti kanak-kanak awam. Cuma yang membezakan kami, kawan semasa kecil sentiasa berubah, mengikut bapa kami diarahkan bertugas di mana. Itu sebab, aku tiada identiti bahasa, tiada langsung dialek negeri mahupun daerah tertentu aku kuasai sepenuhnya, walaupun pernah duduk di utara tanah air, aku tak menguasai langsung dialek ‘baq ang’ mereka. Walaupun ayah ku berketurunan jawa, aku ngak bias mau ngomong jowo selancar air mengalir. Walaupun duduk di noghori sombilan, aku tak fasih raping lag gadis jolobu’. Yang aku guna bahasa Melayu pasar itu sahaja.

Orang kata, mana tak tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi, angahku juga mengikut jejak langkah ayahku menjadi tentera. Menjadi wira Negara pasti glamour bila pulang beraya. Hero Malaya. Nampak jelas riak wajah mak dan ayah, waktu perbarisan tamat latihan angah waktu ketika dulu. Jelas penuh dengan kegembiraan.

Melihat perbarisan tamat latihan angah, engkau tahu apa yang aku pendam ketika itu? Aku mahu jadi kebanggaan emak ayah juga. Mahu jadi wira seperti ayah dan angah juga,mahu juga berkawad bawa M16, setiap langkah diiringi pancaragam, tapi aku tidak pernah berkawad, sepanjang persekolahan dulu langsung tidak menyertai badan beruniform.

Orang kata, tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu,

Aku meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Sains Islam Malaysia. Mungkin sudah takdir barangakali, aku memilih Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) sebagai kokurikulum aku disini. Walaupun ada suara sumbang yang mengatakan ‘ buat apa masuk suksis, orang lain boleh belajar time weekend, korang kena training tengah padang kawad’ dan yang pasti insan yang mengeluarkan kenyataan itu bukanlah belajar sepanjang weekend dan terbukti bila mana masa nak hantar assignment atau tutorial bersama mengangau dengan aku dan teman lain mencari ‘sumber rujukan’ untuk menyiapkan tugasan.

3 tahun menjalani kehidupan sebagai anggota Kor Suksis USIM, banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Erti persahabatan. Erti kejasamaErti permuafakatan. Erti ikatan kasih sayang. Perjalanan yang dilalui itu penuh dengan kepahitan namun ada kemanisan yang masih melekat di hati sehingga sekarang.

Biarpun bermacam dugaan yang mendatang, dengan semangat setiakawan dari yang lain, aku berjaya hingga ke pengakhiran.

Bulan Ogos 2014, pasti aku tak lupa dalam hidup. 2 minggu diberi latihan intensif untuk perbarisan tamat latihan cukup memahat memori yang kekal dalam ingatan. Se awal 6.30 pagi memasuki padang kawad dengan lengkap bersenjata. Lebih lebih lagi berada dalam kawalan kehormatan cukup mencabar fizikal dan mental. Kalau disuruh berlarikami berlari, kalau disuruh push up kami push up. Demi mendapatkan pergerakan yang baik perlu chemistry yang kuat antara anggota. Berkawad dengan seluruh anggota Suksis IPTA seluruh Malaysia, lain sungguh perasaan, semangat dah roh yang terbina.  UiTM Shah Alam , menjadi saksi. Alhamdulillah, semua sudah berjaya dilaksanakan, dan bila aku menonton kembali video pentauliahan, pasti meremang bulu tengkuk.

Siapa sangka, seoarang yang masuk Suksis tanpa asas kawad, diajar oleh jurulatih selama 3 tahun, berjaya menamatkan latihan sebagai inpektor k/s?
Siapa sangka, anak yang lembik ini berjaya menggayakan baju istiadat depan mak dan ayah sendiri?
Siapa sangka, aku yang dulu introvert kini ke arah menjadi extrovert?
Dan yang pasti, satu perkara yang aku tak akan pernah menyesal sejak masuk USIM, ialah menjadi anggota Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis USIM.

ayah dan emak


menerima sijil lantikan dari KP Selangor
try cari gua yang mana?


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate