random

result sem 4 dah keluar, dah hadam, dah hafal dah masuk dalam kepala dan yang penting dah emel kt ybr tunggu duit masuk je, h0h0h0h0.

bila dengar ada yang pointer gempak2, teruja seketika, tabik hormat gua nak bagi, memang diaorg deserve benda tu, tgk cara pulun dari awal kot, nak banding dengan gua ibarat langit dengan bumi., cemburu tu pasti ada, tapi kalau setakat cemburu tapi tak berubah memang tak kemana la, moga dapat la sikit aura-aura positif mereke tu melekat kat gua sikit

bagi teman - teman yang masih berduka, bangkitla segera, pandang jauh ke depan, usah tangisi benda yang lepas, jadikan pengajaran, Sebab dulu gua pernah juga tersungkur, siap terguling-guling lagi hampir-hampir masuk gaung, never give up, study smart , husnozon dengan Allah, Dia mungkin sediakan perancangan yang baik di depan sana.

bagi azam sem baru, gua dah malas nak menipu diri sendiri, azam berkoyan-koyan, tapi haprak pon tak de bila buka sem , cuma gua berharap jangan la perangai malas melampau macam sem lepas kunjung kembali.


dan sem 5 bakal menjelang, dah tahun 3 dah gua, dah pakai title senior dah dalam Suksis, lagi setahun dah tauliah, pakai no one dress lagi hewhewhew,










Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

Bro Jajah Sabah Part 1