Mision Complete

Alhamdulliah..
Segala usaha dan pengorbanan selama ni membuahkan hasil
Jejak juga kami di bumi Vietnam ..

Hari Pertama
kami di sambut oleh pemandu pelancong tempatan..
tempat pertama dituju masjid di tengah bandar,
dan bila pertama kali dengar azan di sini, tersentuh hati dan bersyukur
sebab syiar Islam masih berkumandang di sini. (walaupun tak guna speaker luar).
usai solat kami berbincang dengan wakil pelajar Islam di sini..
rancangnya hendak berinteraksi sesama mereka,
tapi mereka masih bercuti menyambut aidil-adha
di lain masa mungkin kita ketemu

Hari Kedua.
Melawat Universiti of Pedagogy
kalau di Malaysia lebih dikenali Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
membuat sesi suai kenal bersama pentadbiran universiti..
sesi silang budaya.. dan di belah petang frenly volleyball anda futsal.

Hari Ketiga
berkhidmat sosial di sekolah orang buta.
masuk sahaja pintu pagar, terasa bersyukur yang teramat sangat
sebab dikurniakan penglihatan yang baik,
dengan mata sendiri, melihat kanak-kanak yang istimewa penglihatannya
berjalan  menuju ke kelas,
naik tangga
meraba-raba dalam terang
.. gigih dalam mencari ilmu




Hari Keempat
ziarah penduduk islam di Dongnai
jejak kaki di situ, seperti masuk mesin masa menerjah era 60 atau 70 an
tanah merah tanpa berturap
rumah papan yang kecil,
tapi walaupun begitu, surau mereka penuh dgn jemaah ..
dan kebanyakan ibu bapa di sini, menghantar anak-anak mereka belajar agama kt Malaysia,
pondok kt kelantan, terengganu dan ada juga di Kolej Insaniah Kedah...
majoriti mereka menggunakan jalan darat untuk ke Malaysia..
dan pulang setelah tamat belajar sahaja..
terasa terpukul perasaan ini dengan semangat menuntut ilmu mereka,
sanggup bersusah payah demi mencari ilmu Allah..
dan aku??? hurmmm



Hari Kelima
kami mengambil di Guchi Tunnel
bekas kawasan atau markas tentera Vietnam sewaktu perang Vietnam ketika dahulu,
dan semua orang tahu Vietnam menentang penjajahan Amerika,
banyak info yang dapat tentang perang Vietnam..
dan kami merasa berjalan di bawah terowong.. tp x jauh mane 50 meter je
itu pun dah basah baju h0h0h0..

Sudah 5 hari berlalu
dan pengalaman yang diberikan sungguh bermakna..

Tip - tip Membeli Belah

Bagi mereka yang suka bershopping, Hong Chi Minh memang syurga membeli belah,
bersusun kedai, kt situ.. paling popular pasaraya Ben Than..
 Fisrtly
kalau nak membeli- belah kat sana, harga kat sana kebanyakkannya menipu
tinggi melampau-lampau.. jadi kalau nak beli memang kena tawar samapai 70%.. 70% ok!!
kalau x anda memang rugi..
dan memang kena pandai main tawar menawar ni..
contohnya..
aku dpt beli t-shirt sehelai RM 8
tapi org lain beli t- shirt yang sama dekat kedai yang sama RM20..

beza x??
dan kat sane mereka terima duit malaysia..
tapi prepare jela duit vietnam sekali..

Peringatan sekali lagi
kalau hendak beli-belah tu jgn sengsorang..
sbb kt sane kita membeli-belah
dah macam bergaduh dgn peniaga - peniaga tu *scary x??* hahaha

itu jela .. mungkin boleh membantu sesiapa yang nak ke bershoppig kt vietnam :)











Ho Chi Minh, Vietnam 2012


Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate