Kuih kuih dan kuih


Ramadhan 1434

Ya bermula perjuanganku dengan teman lain,
Di kala teman-teman lain menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta, 
Memang terasa persis anak perantau,
mencari dana untuk khidmat komuniti di Vietnam
Bangun sahur, muka teman menjadi tatapan
siang hari bersiap-siap menggentel kuih..
popia, karipap, samosa.. mmg berhari-hari menghadap benda yang sama..
petang kena bersiap buka kedai
berbuka di gerai bersama peniaga yamg lain..
malam selepas tarawikh.. buat persiapan untuk hari esok

memang bosan, adakalanya sampai fed up dengan ni..
sampai ketegangan berlaku antara ahli
tapi bila difikirkan balik,
ramadhan lepas banyak mendidik diri
bersabar melayan kerenah orang,
ikatan kekeluargaan kami semakin erat,
mana tak nye.. masak untuk berbuka sama-sama
makan sama-sama
kalau tak cukup rasa, masing-masing merasa

dan yang paling penting
banyak ilmu memasak dah dipelajari
terima kasih pada sifu-sifu di dapur



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate