aranda

25 november 2011

pagi-pagi lagi , ibuku menelefonku membicarakan ada sepucuk surat cinta bersulam kasih sampai di rumah.
dan ia memerlukan komitmenku untuk menyelesaikan hal-hal yang membangkit. Namun tika itu, diri ini terikat dengan jadual kuliah, jadual latihan beberapa siri ujian di setiap hujung minggu. Lantas aku menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman

18 Disember 2011
sehari selepas mengendalikan FESKOM, aku pulang ke port dickson ( x jauh mane pon) menghadap sebungkus surat cinta bersulam kasih dari bank rakyat. hampir seminggu aku menguruskan perihal yang diminta. Alhamdulillah, before study week semua dokumen telah dihantar.

3 Januari 2012
Pulang dari exam hall, aku membuka peti mail untuk menyemak status terkini, dan sebuah e-mel dari bank rakyat , anda dikehendaki hadir ke program pembangunan modal insan bertarikh 30hb Januari 2012- 3 Feb 2012. Ermm tatkala itu aku melihat takwim, alamak bertindih dengan program ELSP 2. Gamaknya terpaksala aku repeat ELSP 2 tu tahun depan. Namun khabar dari pihak atasan aku dikecualikan dari program ELSP 2... h0h0h0h0

30 Januari 2012
tatkala semua pelajar sibuk pergi ke tempat persembahan. aku mengorak langkah keluar dari USIM , terasa berat melangkah menuju ke serdang

seusai mendaftar , aku memasuki bilik wow.....




aku berkenalan dengan roommate ku safwan pelajar diploma kejuruteraan kimia , universiti malaysia pahang

seminggu ku lalui kem ini,
makan minum tempat tinggal memang terbaikkk
nasihat tunujuk ajar dari pihak konsultan memang sangat2 berguna
dapat kenal dengan warga kerja bank rakyat
dan yang paling vital sekali, dapt kenal dengan ramai kawan baru :D

dan dari situla bermula jodohku dengan bank rakyat
aranda



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate