nikah khitbah

perkahwinan itu bukan benda yang remeh, bukan seringkas abc, bukan juga boleh dipandang sebelah mata. perkahwinan itu bukan seperti perniagaan. Yang ada untung dan rugi kerana kebahagian tidak boleh dijual beli

Nikah khitbah
khitbah dalam bahasa arab bermaksud bertunang
jadi dalam bahasa melayu yang difahami
nikah khitbah sama macam nikah gantung
yakni
suami isteri tidak tinggal serumah
sehinggalah tempoh masa yang dipersetujui

sejarah
Rasulullah bernikah dengan aishah r.a
ketika umur aishah 6 thn
dan tinggal serumah ketika aishah berumur
9 thn

kepentingan
gejala sosial yang melanda
perlu diatasi
antara solusinya mempermudahkan
urusan perkahwinan golongan muda
bukan sekadar menunding jari ke arah mereka

sekarang
jumlah perbelanjaan walimatul urus
menelan belanja beribu-ribu
ada yang berhutang dengan pihak tertentu
untuk melangsungkan hal mulia

tapi menjadi adat orang melayu
bila majlis tu diadakan kecil-kecilan
ataupun terlalu cepat
pasti ada mulut yang mengata belakang
kononnya menutup kelapa yang ditebuk tupai
sabor jelah

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

pros
pasangan suami isteri itu 
dapat berjumpa ataupun study bersama(konteks student)
tanpa ada timbul fitnah diantara mereka
dan
tiada lagi wujudnya zina hati
iaitu merindui satu sama lain
dan jika berlaku
keterlanjuran antara mereka
tidak perlu gusar dan gelisah
kerana iktan mereka sah di sisi agama dan undang-undang negara
sekaligus mengurangkan gejala pembuangan bayi di Malaysia

conts
  nikah khitbah ini kebanyakkannya
berlaku dalam kalangan mahasiswa
maka
masalah utamanya
ialah 
kewangan

sememangnya belum
masanya lagi si suami menanggung keperluan
si isteri
tapi paling tidak
si suami yang akan belanja makan
setiap kali berjumpa
dan sekiranya
mereka mengukuhkan kewangan
dengan bekerja sambilan
macam mane dengan pelajaran??
tepuk dada tanya selera

itulah faktor utama
mengapa ibu bapa tidak membenarkan
anak-anak mereka
bernikah sewaktu belajar

bagaimanapun
pepatah kata
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
ustazku pernah berpesan
waktu di sekolah
jika kamu berniat untuk bercinta
saya cabar kamu
baca buku
'AKU TERIMA NIKAHNYA'

kesimpulan
semua benda ada risiko
tugas kita menghadapi risiko itu sebijaknya
sedangkan
makan nasi pun ada risiko

nikah bukan satu-satunya jalan
yang mampu 
menyelesaikan masalah gejala sosial
kunci utamannya
didikan agama
dari rumah
dan perlu dari kuat kuasaan undang-undang
yang lebih bernas

memetik kata sahabatku
'nikah itu susah, tapi nak menanggung dosa zina lagi susah'


antara kawan yang sudah bernikah

 

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate