Poligami


teringat aku dialog dalam filem nujum pak belalang
satu....baaaaanyak
dua ....sedikit sedikit
tiga....kadang-kadang
empat...jarang-jarang

Poligami satu istilah yang paling digeruni kaum Hawa
apalagi pada zaman era globalisasi ini
ada juga sesetengah pihak yang menentang
kononnya menindas hak asasi wanita...( betul ke??? tapi bila mendedahkan aurat x pula salah.. haha)

bukan ke madu sememangnya manis???
tapi kenapa terasa pahit seperti hempedu
tepuk dada tanyalah selera

sebenarnya
kalau dipandang dari sisi Islam
memang cukup indah
tapi malangnya sering saja
kita lihat di kaca televisyen, di majalah
surat khabar tentang pandangan2 yang negatif
tentang poligami..

ini kisah benar
kawan sekerja aku..bapanya hanya bekerja sebagai buruh binaan
tapi bila mengetahui yang bapanya berpoligami
hampir terlopong mulutku
di tanya mengapa ayahnya berpoligami
mudah saja jawapannya
'sudah jodoh dia'
dan keluarganya tidak pula porak-peranda



Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.
Kesimpulan dari maksud kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.





Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

Bro Jajah Sabah Part 1