perkahwinan dirancang...

          tajuk ni sebenarnya tajuk writing aku punya muet..haha..mula-mula baca terkejut juga "arranged married by parent, discuss about this topic" hahahaa..tersenyum lebar aku bila baca soalan ni..

          benda pertama yang terlintas kat fikiran aku cerita novel...haha..banyak novel yang aku baca pasal perkahwinan dirancang terutama kahwin contract..and at the end of the story the couple falling in love...haha

          Tapi memang adat terdahulu ibu bapa yang aturkan perkahwinan anak-anak mereka. Tapi lama-kelamaan ia makin terhakis seiring dengan pembangunan intelektual masyarakat melayu. Sebab apa, jika dulu perempuan hanya duduk di dapur sahaja tiada peluang untuk mendapat peluang pendidikan. Tapi disebabkan revolusi gerakan Islah, kaum wanita diberi hak untuk mendapakan peluang yang sama seperti kaum adam.
Dan jika dulu mereka menyerahkan semua urusan hidup mereka kepada ibubapa tapi sekaran kaum hawa lebih indipendent untuk menguruskan kehidupan mereka sendiri sama ada dari segi kewangan mahupun hal-hal melibatkan perkahwinan.
Begitu juga dengan kaum adam, mereka lebih cederung untuk memilih pasangan hidup mereka sendiri berbanding menyerahkan tugas tersebut kepada ibubapa. 

      Tapi bagi aku , aku lebih cederung kepada perkahwinan yang dirancang. Biar nampak ketinggalan zaman tapi ia sememangnya unik. Sebab pertamanya, calon isteriku akan dipilih oleh ibubapa aku sendiri. Semestinya mereka inginkan yang terbaik buat anak mereka..hehehe..
     Sebab yang kedua....pasangan tersebut saling tidak mengenali antara satu sama lain, jadi banyak perkara yang belom diketahui..berbanding mereka yang bercinta bertahun-tahun,segala rahsia sudah terbongkar. Jadi alam rumah tangga mereka akan diserikan dengan warna-warni bibit permulaan bercinta di alam perkahwinan.
Dan seperti yang kita tahu..di alam bercinta semua yang indah-indah sahaja yang kita tahu tentang si dia..tapi x ke kita rasa tertipu bila pekung di dadanya terbuka?? tepuk dada tanya selera.

     Sebenarnya, bagi aku x kisah mane-mane pon..aku hanya berserah pada ketentuan Illahi..kerana apa jodoh,ajal maut semua di tanganNya...aku hanya mampu berdoa moga ketemu calon yang boleh menjadi isteriku,ibu kepada anak-anakku dan anak perempuan kepada ayah dan emakku

akak aku kawen,,,

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5