mrs right

dunia itu perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita solehah..


sekadar soalan di formspring '
 
 
ermmm..
 
1st aku nak isteri cantik macam lisa surihani
 
 
2nd kaya macam Dato' Siti
 
3rd nak yang tinggi macam maya karin...
 
cukup lah tu berangan..macam mat jenin
haha

aku ingin mencari
tulang rusuk kiriku yang hilang
seorang insan yang bergelar isteri
dan menjadi ibu pada anak-anakku

tapi sayang masanya
belum tiba :p


usah mencari teman secantik balqis
jika diri  tak sehebat sulaiman

usah dicari teman setabah hajar
andai diri tak seteguh ibrahim

tak perlu mencari teman seagung khadijah
jika diri tak sempurna Rasulullah
 
 
 Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,

Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukur kerana dipertemukan dengannya,

Tetaplah berdoa pada Allah agar dia terus menjadi milikmu......

 
dan pesanan ustazku
jika kemanisan itu kamu rasai sebelum waktunya
nanti
sudah tiba waktu yang sepatutny
hilang rasa manisnya




Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

buka puasa with tutormate