CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!




lihat itu,
anak kecil membawa mukaddam,
dibawa juga bersama rehal
dengan ditemani rakan-rakan seangkatannya
Abu, Dolah dan Saleh
berjalan menyusuri pantai
ke bangsal kecil 
di bawah pohon kelapa

di atas bangsal
dengan penuh tanggungjawab
ustaz mendidik 
dari alif, ba ,ta
sampai ya..
anak-anak kecil
ikut tanpa bantahan


masa terus berlalu
angin Laut Cina Selatan
menghembus damai
sedamai suara mengalun 
ayat-ayat suci Al-Quran
dari bangsal kecil itu

Kini
anak kecil itu menjadi peguam
Abu menjadi pensyarah
Dolah membuka syarikat
dan Saleh meneruskan kerja murni
menjadi pendidik di sekolah kerajaan

semuanya 
berkat didikan
dari tangan insan
di bangsal kecil







Comments

  1. Salam kenal dari kakak.

    Cantik dan indah. Kakak pun join tau. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam kenal juga dari QA

    terima kasih kak .. saya budak baru blajar...kalu slh silalah tunjuk-tunjukkan...:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

perkahwinan dirancang...