ICHEMS’14 Memberi Rasa Menyelami Bidang Forensik.


                Bila berlaku sesuatu jenayah mesti ada penjenayah, mangsa dan bahan bukti. Bagaimana menentukan sesaorang yang disyaki itu terlibat? Bolehkah bahan bukti dihapuskan? Apakah locard's principle? Bagaimana pentingnya DNA dan lain lainDari pengesanan cap jari, pengenalan dna suspek semuanya dibincangkan dalam Seminar Teknologi Kimia Industri 2014 (Ichems 2014).  Seminar ini memberikan penerangan secara khusus mengenai aplikasi analisa kimia dalam bidang forensik, dengan penampilan slot pertama dari mantan Ketua Seksyen Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri B. Hassan yang mengupas tajuk ‘ The Chemistry of Forensic Science ‘ dengan penuh terpenrinci membuka mata peserta akan kepentingan aplikasi kimia dalam bidang forensik.
Kesinabungan daripada itu, slot kedua yang berbunyi “Forensic in Crime Scenediolah oleh Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah, wakil dari makmal forensik PDRM dengan pengalaman berharga  beliau mengendalikan kes kes jenayah yang berlaku, dari segi prosedure tatacara jenayah, sehingga analisa di makmal, diperjelaskan dengan serba terperinci oleh beliau.
Selain itu, forum kerjaya juga turut diadakan, dengan menjemput senior daripada graduan Teknologi Kimia Industri, USIM dalam membincangkan isu “Further Study vs Venturing in Industries”. Para peserta dapat mendengar pandangan daripada ahli panel yang meneruskan pengajian dan yang menceburi bidang industry sejurus selepas graduasi dan menimbang tara potensi diri untuk merancang perjalanan hidup masa depan.
Seminar ini berakhir dengan penampilan Prof Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman , pengarah Akedemi Saintist Muda Malaysia dengan membicarakan tajuk “ The Jouirney of Becoming an Excellent Chemist” telah memberikan suntikan inspirasi buat bakal ahli kimia untuk menjadi ahli kimia yang disegani dan memenangi hadiah noble pada masa hadapan. Antara yang ditekankan oleh beliau adalah sikap yang perlu ada untuk menjadi ahli kimia yang cemerlang.

Seminar Teknologi Kimia Industri menutup tirainya dengan seribu satu makna kepuasan dalam mencari ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan sekarang dan masa akan datang. 
Prof Madya Dr Salina dan Prof Basyar

khusyuk  sekali 

Dr Sukri 
Tuan Sheikh
sharing moments

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan Buku " Halal Forensik"

Tahniah, Skuad 5

Bro Jajah Sabah Part 1