Jelajah ini dirancang dari tahun 2 pengajian di USIM lago. Sudah berkali kali si irsyad tu ajak datang rumah dia di Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Tapi hasrati itu, ditangguh sehingga ke tahun 4 atas sebab, semua sibuk dengan program GISO suatu ketika dahulu dan mungkin atas faktor tekanan yang melampau untuk menyiapkan 'final year project' menyebabkan semangat untuk bercuti itu semakin membuak-buak. Malam Penentu. 3 BULAN sebelum berangkat, rasanya malam itu senua tengah pasrah menghadap laptop menghadam jurnal atau menaip sebutir demi sebutir, ada suara tiba tiba Acap memekik " Woi tiket murah woiii, turun bawah skang". Hampir semua yang ada di rumah tu, tercogok depan laptop acap. "Pergi balik RM 330, KLIA- K.KINABALU, K.KINABALU-TAWAU,TAWAU-KLIA, siapa nak ikut? " irsyad memulakan bicara, semua tengah berkira-kira bajet kewangan buat beberapa ketika, dan John menyahut " Aku ON!!!" dengan bersemangat sekali, kemudian diikuti Kiding, Ki...
Bila berlaku sesuatu jenayah mesti ada penjenayah, mangsa dan bahan bukti. Bagaimana menentukan sesaorang yang disyaki itu terlibat ? Bolehkah bahan bukti dihapuskan? Apakah locard's principle? Bagaimana pentingnya DNA dan lain lainDari pengesanan cap jari, pengenalan dna suspek semuanya dibincangkan dalam Seminar Teknologi Kimia Industri 2014 (Ichems 2014). Seminar ini memberikan penerangan secara khusus mengenai aplikasi analisa kimia dalam bidang forensik, dengan penampilan slot pertama dari mantan Ketua Seksyen Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri B. Hassan yang mengupas tajuk ‘ The Chemistry of Forensic Science ‘ dengan penuh terpenrinci membuka mata peserta akan kepentingan aplikasi kimia dalam bidang forensik. Kesinabungan daripada itu , slot kedua yang berbunyi “ Forensic in Crime Scene ” diolah oleh Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah, wakil ...
klik sini untuk maklumat tambahan lihat itu, anak kecil membawa mukaddam, dibawa juga bersama rehal dengan ditemani rakan-rakan seangkatannya Abu, Dolah dan Saleh berjalan menyusuri pantai ke bangsal kecil di bawah pohon kelapa di atas bangsal dengan penuh tanggungjawab ustaz mendidik dari alif, ba ,ta sampai ya.. anak-anak kecil ikut tanpa bantahan masa terus berlalu angin Laut Cina Selatan menghembus damai sedamai suara mengalun ayat-ayat suci Al-Quran dari bangsal kecil itu Kini anak kecil itu menjadi peguam Abu menjadi pensyarah Dolah membuka syarikat dan Saleh meneruskan kerja murni menjadi pendidik di sekolah kerajaan semuanya berkat didikan dari tangan insan di bangsal kecil
Comments
Post a Comment