Posts

Dalam Lema

Image
Salam dinihari, entah kenapa, mata masih segar di saat orang lain lena dibuai lena tergerak pula jari untuk mencoret sesuatu di ruangan sesawang ini. Alhamdulillah, sudah pon bergelar pelajar tahun 3 jurusan Teknologi Kimia Industri. dan baru kusedar, sebenarnya gua bukanla chemist yang pure, dan bukan juga chemical engineer, tapi sebagai chemist technologist. Terimbas kembali, cerita dulu kala, bila orang tanya, kerja apa nanti bila dah habis belajar? Masa tu hanya mampu tersenyum je , tak tahu nak jawab apa, biar masa yang berbicara, we follow the flow. dan sekarang kalau orang tanya lagi keje apa, gua dengan selamba jawab ' keje kilang je nanti' ala-ala low profile gitu tapi dah bersedia ke untuk masuk dalam industri? tepuk dada tanya selera, kalau bukan jadi chemist technologist jadi apa lagi? dok teperuk 4 tahun pulun blaja tapi tak nak jadi chemist.. hurmmm biar masa yang berbicara LOL Ingat pesan Dr. Salina pagi tadi, kamu dah boleh fikir dah na...

Tahniah, Skuad 5

Image
Seronok, Cemburu, Berkobar semua ada bila dengar cerita dari tuan dan puan baru balik dari tauliah. Seronok - bila tengok muka masing - masing berkarat habis, puas gua gelakkan Cemburu - bila mereka tiada lagi tanggungjawab dalam Suksis sikit, terpindahla beban tugas di bahu senior - senior yang baru *tetepuk bahu Berkobar - Sebab tak sabar nak masuk training, nak kumpul duit banyak - banyak, nak pakai baju one dress, nak cepat cepat habiskan Suksis dan merasa hidup sebagai pegawai *gila kuasa sebentar Apa - apa hal pun beribu - ribu tahniah buat tuan dan puan inspektor sukarelawan polis USIM skuad 5 Suksis USIM

random

Image
result sem 4 dah keluar, dah hadam, dah hafal dah masuk dalam kepala dan yang penting dah emel kt ybr tunggu duit masuk je, h0h0h0h0. bila dengar ada yang pointer gempak2, teruja seketika, tabik hormat gua nak bagi, memang diaorg deserve benda tu, tgk cara pulun dari awal kot, nak banding dengan gua ibarat langit dengan bumi., cemburu tu pasti ada, tapi kalau setakat cemburu tapi tak berubah memang tak kemana la, moga dapat la sikit aura-aura positif mereke tu melekat kat gua sikit bagi teman - teman yang masih berduka, bangkitla segera, pandang jauh ke depan, usah tangisi benda yang lepas, jadikan pengajaran, Sebab dulu gua pernah juga tersungkur, siap terguling-guling lagi hampir-hampir masuk gaung, never give up, study smart , husnozon dengan Allah, Dia mungkin sediakan perancangan yang baik di depan sana. bagi azam sem baru, gua dah malas nak menipu diri sendiri, azam berkoyan-koyan, tapi haprak pon tak de bila buka sem , cuma gua berharap jangan la perangai malas melampau m...

#Pray4LahadDatu

Image
cari perbezaan

Mision Complete

Image
Alhamdulliah.. Segala usaha dan pengorbanan selama ni membuahkan hasil Jejak juga kami di bumi Vietnam .. Hari Pertama kami di sambut oleh pemandu pelancong tempatan.. tempat pertama dituju masjid di tengah bandar, dan bila pertama kali dengar azan di sini, tersentuh hati dan bersyukur sebab syiar Islam masih berkumandang di sini. (walaupun tak guna speaker luar). usai solat kami berbincang dengan wakil pelajar Islam di sini.. rancangnya hendak berinteraksi sesama mereka, tapi mereka masih bercuti menyambut aidil-adha di lain masa mungkin kita ketemu Hari Kedua. Melawat Universiti of Pedagogy kalau di Malaysia lebih dikenali Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat sesi suai kenal bersama pentadbiran universiti.. sesi silang budaya.. dan di belah petang frenly volleyball anda futsal. Hari Ketiga berkhidmat sosial di sekolah orang buta. masuk sahaja pintu pagar, terasa bersyukur yang teramat sangat sebab dikurniakan penglihata...

Brinchang Aku Datang

Image
Brinchang?? Amende tu.. aku memang tak pernah dengar nama tu, tapi bila aku cakap nak pegi brinchang, mereka bersorak ' huyooo pi cameron' baru ku sedar aku nak pi cameron Lulz. Ekpidisi ni diorganisasikan oleh SUKSIS untuk mahasiswa USIM. dengan kata lain beriadhah sambil mengutip dana untuk khidmat komuniti di Vietnam. Bertolak dari USIM pukul 12 a.m sampai cameron subuh.. masa tu, ya Allah sejuk teramat.. rasenye duduk dalam air-cond lagi selesa dari duduk kat luar bercakap pon keluar asap feeling-feeling macam duduk oversea plak Lulz Usai solat + sarapan pendakian dimulakan dengan taklimat dan bacaan doa.. maka segerombolan mahasiswa pon berekpidisi mendaki.. treknye agak mudah .. tapi cuma lembap dan licin... daki punya daki tibalah di puncak brinchang jam tepat kol 12.. terik matahari langsung tak terasa.. nyaman.. ( sambil mulut keluar asap) lepak2 kt atas tu... turun ikut ladang teh.. ya Allah indah sungguh permandangany rasa macam nak bu...

Kuih kuih dan kuih

Image
Ramadhan 1434 Ya bermula perjuanganku dengan teman lain, Di kala teman-teman lain menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta,  Memang terasa persis anak perantau, mencari dana untuk khidmat komuniti di Vietnam Bangun sahur, muka teman menjadi tatapan siang hari bersiap-siap menggentel kuih.. popia, karipap, samosa.. mmg berhari-hari menghadap benda yang sama.. petang kena bersiap buka kedai berbuka di gerai bersama peniaga yamg lain.. malam selepas tarawikh.. buat persiapan untuk hari esok memang bosan, adakalanya sampai fed up dengan ni.. sampai ketegangan berlaku antara ahli tapi bila difikirkan balik, ramadhan lepas banyak mendidik diri bersabar melayan kerenah orang, ikatan kekeluargaan kami semakin erat, mana tak nye.. masak untuk berbuka sama-sama makan sama-sama kalau tak cukup rasa, masing-masing merasa dan yang paling penting banyak ilmu memasak dah dipelajari terima kasih pada sifu-sifu di dapur