Ramadhan 1434 Ya bermula perjuanganku dengan teman lain, Di kala teman-teman lain menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta, Memang terasa persis anak perantau, mencari dana untuk khidmat komuniti di Vietnam Bangun sahur, muka teman menjadi tatapan siang hari bersiap-siap menggentel kuih.. popia, karipap, samosa.. mmg berhari-hari menghadap benda yang sama.. petang kena bersiap buka kedai berbuka di gerai bersama peniaga yamg lain.. malam selepas tarawikh.. buat persiapan untuk hari esok memang bosan, adakalanya sampai fed up dengan ni.. sampai ketegangan berlaku antara ahli tapi bila difikirkan balik, ramadhan lepas banyak mendidik diri bersabar melayan kerenah orang, ikatan kekeluargaan kami semakin erat, mana tak nye.. masak untuk berbuka sama-sama makan sama-sama kalau tak cukup rasa, masing-masing merasa dan yang paling penting banyak ilmu memasak dah dipelajari terima kasih pada sifu-sifu di dapur