Posts

Mision Complete

Image
Alhamdulliah.. Segala usaha dan pengorbanan selama ni membuahkan hasil Jejak juga kami di bumi Vietnam .. Hari Pertama kami di sambut oleh pemandu pelancong tempatan.. tempat pertama dituju masjid di tengah bandar, dan bila pertama kali dengar azan di sini, tersentuh hati dan bersyukur sebab syiar Islam masih berkumandang di sini. (walaupun tak guna speaker luar). usai solat kami berbincang dengan wakil pelajar Islam di sini.. rancangnya hendak berinteraksi sesama mereka, tapi mereka masih bercuti menyambut aidil-adha di lain masa mungkin kita ketemu Hari Kedua. Melawat Universiti of Pedagogy kalau di Malaysia lebih dikenali Institut Perguruan atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat sesi suai kenal bersama pentadbiran universiti.. sesi silang budaya.. dan di belah petang frenly volleyball anda futsal. Hari Ketiga berkhidmat sosial di sekolah orang buta. masuk sahaja pintu pagar, terasa bersyukur yang teramat sangat sebab dikurniakan penglihata...

Brinchang Aku Datang

Image
Brinchang?? Amende tu.. aku memang tak pernah dengar nama tu, tapi bila aku cakap nak pegi brinchang, mereka bersorak ' huyooo pi cameron' baru ku sedar aku nak pi cameron Lulz. Ekpidisi ni diorganisasikan oleh SUKSIS untuk mahasiswa USIM. dengan kata lain beriadhah sambil mengutip dana untuk khidmat komuniti di Vietnam. Bertolak dari USIM pukul 12 a.m sampai cameron subuh.. masa tu, ya Allah sejuk teramat.. rasenye duduk dalam air-cond lagi selesa dari duduk kat luar bercakap pon keluar asap feeling-feeling macam duduk oversea plak Lulz Usai solat + sarapan pendakian dimulakan dengan taklimat dan bacaan doa.. maka segerombolan mahasiswa pon berekpidisi mendaki.. treknye agak mudah .. tapi cuma lembap dan licin... daki punya daki tibalah di puncak brinchang jam tepat kol 12.. terik matahari langsung tak terasa.. nyaman.. ( sambil mulut keluar asap) lepak2 kt atas tu... turun ikut ladang teh.. ya Allah indah sungguh permandangany rasa macam nak bu...

Kuih kuih dan kuih

Image
Ramadhan 1434 Ya bermula perjuanganku dengan teman lain, Di kala teman-teman lain menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta,  Memang terasa persis anak perantau, mencari dana untuk khidmat komuniti di Vietnam Bangun sahur, muka teman menjadi tatapan siang hari bersiap-siap menggentel kuih.. popia, karipap, samosa.. mmg berhari-hari menghadap benda yang sama.. petang kena bersiap buka kedai berbuka di gerai bersama peniaga yamg lain.. malam selepas tarawikh.. buat persiapan untuk hari esok memang bosan, adakalanya sampai fed up dengan ni.. sampai ketegangan berlaku antara ahli tapi bila difikirkan balik, ramadhan lepas banyak mendidik diri bersabar melayan kerenah orang, ikatan kekeluargaan kami semakin erat, mana tak nye.. masak untuk berbuka sama-sama makan sama-sama kalau tak cukup rasa, masing-masing merasa dan yang paling penting banyak ilmu memasak dah dipelajari terima kasih pada sifu-sifu di dapur

lidah amarah

Image
kata orang, lidah tajam dari pedang jika pedang beri luka di badan lidah boleh menghiris hati kata orang lidah itu pembawa rahmat.. pendekat diri pada yg satu kata orang lidah itu bawa binasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa ada waktu, emosi melanda bak gelora jiwa bergolak, nafsu amarah berleluasa akal jadi buntu tak dapat memandu lidah terlahir kata yang bisa mengguris sekeping hati insan bukan mudah untuk mengawalnya bukan calang orang yg berjaya sebab itu Umar kata orang yang kuat, orang yang mampu mengawal marah usaha itu penting ingat tuhan satu ikthiar moga terhindar kita dari segala petaka A-2-17 Akasia Avenue 8:17 3 oktober 2012

Jadual training sem 2

Image
kawad, sukan, menembak, perkhemahan benda baru blaja, smd n tribaton moga dipermudahkan segala urusan :D

aranda

Image
25 november 2011 pagi-pagi lagi , ibuku menelefonku membicarakan ada sepucuk surat cinta bersulam kasih sampai di rumah. dan ia memerlukan komitmenku untuk menyelesaikan hal-hal yang membangkit. Namun tika itu, diri ini terikat dengan jadual kuliah, jadual latihan beberapa siri ujian di setiap hujung minggu. Lantas aku menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman 18 Disember 2011 sehari selepas mengendalikan FESKOM, aku pulang ke port dickson ( x jauh mane pon) menghadap sebungkus surat cinta bersulam kasih dari bank rakyat. hampir seminggu aku menguruskan perihal yang diminta. Alhamdulillah, before study week semua dokumen telah dihantar. 3 Januari 2012 Pulang dari exam hall, aku membuka peti mail untuk menyemak status terkini, dan sebuah e-mel dari bank rakyat , anda dikehendaki hadir ke program pembangunan modal insan bertarikh 30hb Januari 2012- 3 Feb 2012. Ermm tatkala itu aku melihat takwim, alamak bertindih dengan program ELSP 2. Gamaknya terpaksala aku repeat EL...

Niat

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman:”Jika hamba-Ku berbicara(iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan,maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku mecatatnya dengan 10 kali ganda.Jika ia berniat untuk melakukan keburukan,maka Aku mengampuninya selagi sebelum melakukannya.Jika ia telah melakukannya,maka Aku menulis untuk yang semisalnya.’ Rasulullah s.a.w bersabda lagi:’Para malaikat berkata:’Wahai Tuhanku,hamba-MU ini berniat melakukan keburukan,padahal Dia lebih mengetahuinya.’Allah berfirman lagi:’Lihatlah,jika dia melakukannya,maka catatla keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya.Jika ia meninggalkannya,maka tulislah untuk satu kebaikan.Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-Ku.”(Riwayat Muslim) umat Islam sememangnya beruntung, niat je terus dapat satu kebaikan, tapi niat tu perlu la selari dengan perbuatan kita, contohnya kita berniat untuk menunaik...